Seni Memanah Dari Turki
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
Oleh Mahfuz
Mohamad
Foto Mohd. Farizwan Hasbullah
Foto Mohd. Farizwan Hasbullah
MOHD. ZAIRONIZAM bersama tiga
rakannya mewujudkan Arrouha bagi memberi peluang kepada peminat sukan memanah
tradisional mendapatkan busur berkualiti pada harga rendah.
|
MEMPUNYAI
minat mendalam terhadap aktiviti memanah tradisional, tiga orang sahabat akrab
bertekad untuk menghasilkan sendiri peralatan tersebut.
Selain
minat, faktor harga busur import yang tinggi dan sebahagian bahan asasnya
diperbuat daripada sumber haram juga merupakan sebab mereka berbuat demikian.
Bermula
dengan hanya melakukan kerja-kerja pembuatan busur di rumah pada tahun 2012,
Mohd. Zaironizam Daud, 37, bersama dua lagi rakannya mempelajari cara-cara asas
pembuatan alat tersebut di laman sosial video, YouTube.
Selepas
beberapa tahun menghasilkan busur dan anak panah di rumah, mereka membuat
keputusan untuk berpindah ke lokasi lain dengan menyewa sebuah kedai di Taman
Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor yang terletak tidak jauh dari kediamannya
sejak bulan Mac lalu.
“Kami
baru sahaja berpindah ke bengkel ini sejak awal tahun 2015 kerana ruang di
rumah sangat terhad. Kami memerlukan tempat lebih luas untuk menghasilkan busur
dalam kuantiti banyak berikutan permintaan semakin meningkat.
“Perkara
yang mendorong kami membuka bengkel ini ialah busur di pasaran kebanyakannya
diimport dan harganya agak mahal. Jadi, kami membuat keputusan untuk
menghasilkan sendiri peralatan utama tersebut.
“Selain
itu, terdapat beberapa peralatan memanah yang diimport dari luar negara
menggunakan kulit babi pada bahagian gagang atau pemegang busur.
“Ia
menyukarkan peminat sukan ini mendapatkan peralatan yang sesuai,” katanya
ketika ditemui di bengkelnya baru-baru ini.
Menurut
Mohd. Zaironizam, selain mempelajari teknik asas pembuatan busur dalam talian,
mereka turut terbang ke Turki bagi mendalami ilmu tersebut.
Ini kerana
negara dua benua itu dikenali sebagai pencetus dalam seni memanah tradisional
sejak zaman kegemilangan Islam.
Tiga
sahabat lulusan kejuruteraan dari Universiti Teknologi Mara tersebut juga
berkunjung ke Malang, Jawa Timur, Indonesia bagi berkongsi aktiviti memanah
tradisional dengan masyarakat di situ.
“Ketika
di Turki, banyak ilmu yang kami peroleh kerana negara tersebut merupakan antara
pusat tumpuan penghasilan busur tradisional.
Buku
lama
PEMILIHAN anak
panah perlu bersesuaian dengan jenis busur yang digunakan.
“Selain
itu, kami merujuk buku-buku lama daripada zaman empayar Uthmaniyah mengenai
seni memanah dan penghasilannya ,” ujar jurutera dari Pulau Pinang itu.
Terdapat
beberapa jenis bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan busur seperti kayu,
buluh dan gentian kaca berkualiti tinggi. Penggunaan bahan-bahan tersebut
bergantung kepada spesifikasi peralatan yang ingin dihasilkan seperti jenis,
saiz dan kekuatan daya tarikan.
Kebanyakan
material kayu yang digunakan dalam penghasilan busur tersebut terdiri daripada
resak, cengal dan petai kerana ia mudah didapati dalam negara.
Jenis-jenis
busur yang mereka hasilkan terdiri daripada tiga kategori iaitu Jati Tunggal,
khusus untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan sukan memanah; Anak Awan,
bagi pemanah biasa dan Lela Kenchana khas kepada golongan kanak-kanak berusia
empat tahun ke atas.
“Setiap
busur yang dihasilkan akan melalui proses penyelidikan dan pembangunan selama
lebih kurang satu tahun bagi memastikan kualiti serta kesesuaian alat tersebut
untuk digunakan oleh golongan pemanah tertentu.
“Perbezaan
busur yang kami hasilkan berbanding produk negara lain ialah dari segi material
dan bentuknya. Negara luar banyak menggunakan buluh dan tanduk sebagai bahan
asas di samping bentuk lebih melengkung untuk mendapatkan daya tarikan lebih
kuat,” terang pengasas bersama Arrouha Sports and Outdoors (Arrouha), Muhammad
Nazim Abdul Ghani.
Dihasilkan
dengan sangat teliti, Muhammad Nazim memberitahu, busur tradisional mempunyai
tiga komponen utama bagi membentuk alat tersebut seperti siyah iaitu bahagian
hujung busur, gagang atau pemegang di tengah dan lengan yang menjadi penghubung
antara dua siyah.
Masa
yang diambil bagi menghasilkan sebuah busur adalah lebih kurang satu hingga dua
minggu bergantung kepada jenis peralatan tersebut.
“Langkah-langkah
awal menghasilkan busur ini ialah memotong kayu bagi membentuk siyah serta
gagang sebelum disapu gam untuk dilekatkan pada bahagian lengannya selepas
dilenturkan menjadi sedikit melengkung.
“Selepas
dicantumkan ketiga-tiga bahagian tersebut, busar akan dibiarkan selama tiga
hingga tujuh hari untuk memastikan gam tadi betul-betul kering,” jelasnya.
Aspek
terpenting
|
MAS
ILMI menunjukkan cara-cara membuat anak panah menggunakan peralatan khas.
|
Kemudian,
ia akan dikemaskan dengan melicinkan permukaan busur sebelum dibalut
menggunakan kulit lembu pada bahagian gagang bagi memberikan keselesaan ketika
memanah.
Tambahnya,
aspek terpenting pada busur ialah daya tarikan tali dan ia diukur melalui alat
khas bagi mengetahui kekuatan yang diukur dalam unit paun.
Tidak
lengkap sekiranya sesuatu busur tanpa kehadiran anak panah dan Arrouha turut
menghasilkan komponen tersebut yang diperbuat daripada kayu apabila mendapat
permintaan pelanggan.
Menurut
seorang lagi rakan kongsi Arrouha, Mas Ilmi Masri, terdapat beberapa jenis anak
panah di pasaran dan ia dikategorikan mengikut bahan-bahan asas yang digunakan
untuk menghasilkannya seperti kayu, buluh, gentian kaca, karbon serta
aluminium.
Tambahnya,
setiap jenis anak panah mempunyai kelebihan tertentu bergantung kepada
penggunaan tahap kemahiran pemanah dan jenis busur.
“Anak
panah yang kami hasilkan menggunakan kayu daripada pokok kembang semangkuk
kerana ia mudah dibentuk. Begitupun, kami hanya membuatnya apabila terdapat
permintaan.
“Pemilihan
anak panah tidak boleh dibuat sesuka hati kerana ia bergantung kepada tahap
kelenturannya atau spine iaitu semakin rendah spine sesuatu anak panah maka,
seseorang pemanah perlu menggunakan busur yang mempunyai paun tinggi dan begitu
juga sebaliknya,” katanya.
Arrouha
turut menyediakan perkhidmatan latihan memanah terutamanya kepada individu yang
baru berjinak-jinak dalam sukan berkenaan.
Sementara
itu, harga ditawarkan bagi setiap jenis busur adalah sekitar RM159 hingga RM400
berbanding barangan import yang mampu mencecah ribuan ringgit.
Kesemua
busur yang dihasilkan adalah tertakluk kepada Akta Pembangunan Sukan 1997 yang
tidak memerlukan sebarang permit atau lesen daripada mana-mana pihak untuk
memilikinya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3vjUX9uRx
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment