Memanah
suatu ketika dahulu lebih kepada tujuan memburu haiwan dan juga peperangan. Ia
dianggap senjata merbahaya malah boleh membunuh. Kita hanya membaca dan
menonton filem sedangkan kita sendiri tidak pernah mencuba apa itu memanah. Tak
kenal maka tak cinta. Sudah cuba susah untuk dilupa.
Bermula
pada 2012, mereka bertiga yang mempunyai hobi yang sama iaitu memanah nekad
membuat busur dan alat memanah sendiri yang mempunyai ciri-ciri keselamatan
mengikut kesesuaian budget rakyat Malaysia untuk memulakan sukan memanah.
Pihak Arrouha™menampilkan busur tradisional dan juga busur
berkonsepkan “simplicity” dengan rekabentuk yang unik dan inovatif.
Menyedari permasalahan ini, pihak Arrouha™ telah menubuhkan syarikat Arrouha™ dan mula membuat kaji selidik mengenai teknik-teknik pembuatan
busur yang sering digunapakai oleh pemanah-pemanah. Arrouha™ merupakan salah satu daripada nama busur Rasulullah SAW yang
bermaksud ‘wangian’.
Dalam proses mendalami tentang pembuatan busur panah, Arrouha™ telah ke beberapa buah Negara untuk
mengetahui dan mempelajari teknik pembuatan busur setiap negara masing-masing.
Alat memanah bukanlah sesuatu yang murah lebih-lebih lagi ianya terpaksa
diimport dari luar negara dan sukan ini masih jauh ketinggalan berbanding sukan
paintball. Harga pasaran didunia mencapai sehingga USD3000 bergantung kepada kualiti busur.
Ini
menjadikan syarikat yang mempunyai visi misi ke arah “ Satu orang Satu Busur ” membuat peralatan memanah sendiri malah jauh lebih
baik dari yang dibeli import. Ianya ringan, mudah dibawa, tahan lasak dan tidak
mudah patah bagi menjadikan aktiviti memanah sebagai gaya hidup “lifestyle’’ sihat untuk masyarakat masa kini.
Arrouha™ mensasarkan
golongan remaja dan belia yang aktif bersukan malah mendidik mereka sebagai
latihan fokus ketika mensasarkan objek. Sukan ini boleh dimain pada bila-bila
masa, dipadang dan didalam dewan. Sukan ini lebih menjimatkan dari sukan
paintball kerana ‘peluru’ nya boleh dipakai berulang kali.
Ar Rouha menawarkan anda 3 jenis pilihan eksklusif iaitu
Rentas
Penchala – Rekabentuk yang berkonsepkan
busur Monggol
· Diperbuat
dari gentian kaca khusus
· Daya
tarikan 40 – 50lbs
· Panjang
tarikan 28”
· Panjang
busur 49’’
· Balutan
kulit asli yang bercorak
Anak Awan –
Rekabentuk kompak yang khusus untuk pemanah-pemanah berkuda. Saiz yang lebih
kecil dari busur biasa dan mudah dikendalikan sewaktu memanah sambil menunggang
kuda.
· Diperbuat
dari gentian kaca khusus
· Daya
tarikan 40 – 50lbs
· Panjang
tarikan 28”
· Panjang
busur 45’’
Lela Kenchana –
Rekabentuk tradisional khusus untuk anak-anak yang berusia seawal 4 tahun.
Ringan, lasak dan mempunyai corak warna yang amat menarik.
· Diperbuat
dari gentian kaca khusus
· Daya
tarikan 19lbs
· Panjang
tarikan 25”
· Panjang
busur 40’’
Jati Tunggal –
Rekabentuk moden khusus untuk permulaan memanah dan juga sebagai pilihan yang
mendapat sambutan tinggi sebagai busur latihan. Ringan, lasak dan mempunyai
corak warna yang amat menarik.
· Diperbuat
dari gentian kaca khusus
· Daya
tarikan 25lbs
· Panjang
tarikan 28”
· Panjang
busur 40’’
Arrouha™ dibuat
menggunakan kayu juga bahan yang berkualiti tinggi. Semuanya dibuat sepenuhnya
di Malaysia menggunakan kemahiran kerja tangan yang amat berkualiti dalam
berkarya. Pemilihan kayu yang berkualiti yang tahan lasak untuk
diletakkan dibahagian hujung busur yang dinamakan siyah dan ditengah sebagai pemegang. Antara kayu
tempatan yang digunakan adalah seperti Resak , Balau dan Cengal .
Penyediaan
gentian kaca khusus yang digunakan sebagailimb lengan busur. Gam khusus digunakan untuk
menyambungkan diantara kayu dan fiberglass. Busur dibiarkan selama 3-7
hari untuk memastikan tempoh pengeringan berlaku dengan dengan sempurna.
Daya
tarikan pada setiap busur ditentukan dengan kadar ketebalan lengan busur. Busur
perlu ditimbang untuk keseimbangan busur. Ujian ketahanan dilaksanakan untuk
memastikan busur berada ditahap yang dikehendaki.
Varnish
pada kayu siyah menaikkan lagi corak kayu Kemasan dengan menggunakan kulit asli
juga fabrik khusus yang menarik pada lengan dan gagang. Tali busur adalah dari
tali khusus yang dipintal untuk menampung daya tarikan setiap
busur. Inilah keunikkan Arrouha™.
Ianya yang pertama di Malaysia.
Dibuat
halus dengan buatan tangan dan diuji sebelum dipasarkan dan tertakluk dalam Akta Pembangunan Sukan 1997
(Laws of Malaysia – SportsDevelopment Act 1997) yang tidak
memerlukan permit dan lesen dari mana-mana pihak berwajib. Jadi tidak perlu
lagi risau untuk mencuba.
Pihak Arrouha™ juga bukan sekadar membuat dan memasarkan
malah melatih bagi setiap orang yang minat mencuba sukan memanah. Dengan
latihan juga tunjuk ajar dari yang berpengalaman, ianya menjadikan sukan
memanah lebih menyeronokkan dan tidak sukar untuk mencuba.
Menyedari permasalahan ini, pihak Arrouha™ telah menubuhkan syarikat Arrouha™ dan mula membuat kaji selidik mengenai teknik-teknik pembuatan busur yang sering digunapakai oleh pemanah-pemanah. Arrouha™ merupakan salah satu daripada nama busur Rasulullah SAW yang bermaksud ‘wangian’.
Dalam proses mendalami tentang pembuatan busur panah, Arrouha™ telah ke beberapa buah Negara untuk mengetahui dan mempelajari teknik pembuatan busur setiap negara masing-masing. Alat memanah bukanlah sesuatu yang murah lebih-lebih lagi ianya terpaksa diimport dari luar negara dan sukan ini masih jauh ketinggalan berbanding sukan paintball. Harga pasaran didunia mencapai sehingga USD3000 bergantung kepada kualiti busur.
Lela Kenchana – Rekabentuk tradisional khusus untuk anak-anak yang berusia seawal 4 tahun. Ringan, lasak dan mempunyai corak warna yang amat menarik.
No comments:
Post a Comment